2

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

9 revisions
Mulaika Hijas at Aug 22, 2019 03:46 AM

2

Setelah menengar kata isterinya; Belas kasihan rasa hatinya
Berhamburan keluar air matanya; Dipeluk dicium seraya katanya

Pekulun sunan emas juwita; Kasih rupanya tuan akan beta
Maka tuan mahu turut mati serta; Jangan bercerai kedua kita

Tujuh kali mati hidup pula; Tuan juga akan teman bela
Utama jiwaku batu kepala; Kasih terjunjung di atas jemala

Tuanku seperti yang-yang kesuma; Paras seperti nila utama
Jika tujuh kali kita menjelma; Jangan-jangan bercerai biar bersama

Dipeluk dicium akan isterinya; Makin bertambah kasih sayangnya
Seperti minyak penuh ditatangnya; Tiadalah lepas daripada ribaannya

Berkasih-kasihan samalah kedua; Seperti badan dengan nyawa
Tiadalah bercerai seketika jua; Tiadalah tersedar badan kecewa

Tersebutlah perkataan Ken Sila Wati; Semalaman menangis tiada berhenti
Berbagai fikir di dalam hati; Takutkan saudaranya bersama mati

Bertambah gundah tiada terperi; Berbagai bicaranya seorang diri