1

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Ken Lamlam Arsa pun tunduk menangis/ Rasa hatinya bagai dihiris

Disapunya air mata isterinya/ Dipeluk leher dicium pipinya
Bertemu mulut sepah diberinya/ Diangkat diriba seraya katanya

Sudahlah tuan emas juita/ Jiwaku jangan sangat bercinta
Jangan membuang air mata/ Tiada akan tuan mati serta

Seakan tuan serata [?] merasa/ Jiwaku jangan berjauh rasa
Mati seorang Jaran Tamasa/ Kerana kekanda empunya dosa

[??] mati seorang kakak/ Kasih tuan nyawa kan diharga
Kadar tuan tangisi juga/ Seribu kali kekanda suka

Air mata tuan yang terbuang/ Akan bekal kakak mati seorang
Tuanku jangan berhati walang/ Masakan tuan serta hilang

Ken Lamlam Arsa pun berkata/ Sambil terhambur dengan air mata
Mengapa beta tak mau mati serta/ Mana untung kekanda bersamalah beta

Jika tinggal pun beta seorang/ Sahajakan jadi perkataan orang
Mata siapa hendak dipandang/ Baiklah beta serta hilang

Notes and Questions

Nobody has written a note for this page yet

Please sign in to write a note for this page