101

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

6 revisions
sirikaba at Aug 22, 2018 02:00 AM

101

Lembu Serata[?] dan Gagak Sari
Keduanya mengamuk dari kanan kiri
Barang bertemu digambari[?]
Seorang pun tiada dapat berdiri

Gagak Rajasa dan Baik Santika[?]
Gajah Seberata pun bersama juga
Ketiganya mengamuk tiada berhingga
Dengan segala menteri bersama belaka

Seketika diamuk penggawa sekalian
Rakyat Kelaran[?] pun undur perlahan
Setengah lari tiada kelihatan
Tiada dapat lagi tertahan

Kerana amarah seperti raksasa
Meng(h)adap perang kami[?] letih dan lasa
Seperti orang yang tiada binasa
Kita nan masyhur gagah perkasa

Penggawa keempat pun segar[?] mara
Lalu mengamuk dengan [s-m-y-r-a?]
Tiada lelaki gentarkan mara
Matilah rakyat tiada terkira

[b-a-p-ng?] Raksa[?] bertemu dengan Gagak Rajasa
Keduanya sama gagah perkasa
Lebih gagah Gagak Rajasa
Daripada [b-p-ng?] dan orang yang biasa

Kijang Petir[?] berhadapan Gajah Seberata
Keduanya sama bertikam senjata
Sama berani jangan dikata
Seorang tak mahu namanya lata

Lembu Serata[?] bertikam dengan Baik Santika[?]
Sama gagah berani belaka

101