101

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Lembu Seranta dan Gagak Sari
Keduanya mengamuk dari kanan kiri
Barang bertemu dikembari(1)
Seorang pun tiada dapat berdiri

Gagak Rajasa dan Baik Santika
Gajah Seberata pun bersama juga
Ketiganya mengamuk tiada berhingga
Dengan segala menteri bersama belaka

Seketika diamuk penggawa sekalian
Rakyat Kelana(2) pun undur perlahan
Setengah lari tiada ketahuan
Tiada dapat lagi tertahan

Kelana amarah seperti raksasa
Meng(h)adap perang sama letih dan lasa
Seperti orang yang tiada binasa
Kita nan masyhur gagah perkasa

Penggawa keempat pun segera mara
Lalu mengamuk dengan [semerta? s-m-y-r-a?]
Tiada lagi gentarkan mara
Matilah rakyat tiada terkira

Bapang Rana bertemu dengan Gagak Rajasa
Keduanya sama gagah perkasa
Lebih gagah Gagak Rajasa
Daripada Bapang Rana orang yang biasa

Kijang Petara berhadapan Gajah Seberata
Keduanya sama bertikam senjata
Sama berani jangan dikata
Seorang tak mahu namanya lata

Lembu Seranta bertikam dengan Baik Santika
Sama gagah berani belaka

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

sirikaba

1. Kamus Dewan: dikembari = ditentangi, tiada terlawan. KBBI: mengembari = menandingi, melawan. 2. Kelana - merujuk kepada Kelana Agung Beranta.