58

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

10 revisions
sirikaba at Sep 05, 2018 05:17 AM

58

Tiadalah walang di dalam dada
[Akhir?] dibunuh oleh baginda

Kerana ningsun emas juwita
Beta menyanjung murka Sang Nata
[Tipuan?] tiada kekanda cinta
Adalah teman mati beserta

Kerana kakak orang derhaka
Mengambil maknikam di mulut naga
Bunga diambil dalam duri belaka
Tuan kasihan apalah kakak

Daripada kasih kekanda akan tuan
Tiada kakak cita akan kematian
Tiadalah sayang akan nyawa dan badan
Kerana rupa emas tempawan

Tiada ada manis kelakuan
Hanyalah ingsun muda bangsawan
Perhimpunan paras hanyalah tuan
Jiwaku mustika segala perempuan

Cahari seluruh di Tanah Jawa
Tiada bandingan utama jiwa
Mati kekanda tiadalah dua
Patutlah tempat membuang nyawa

Tuan umpama laut madu beranta
Kekandalah semata yang melata
[Daripada?] sangat sukacita
Berenang di laut matilah beta

Kasih tuan yang seketika
Supaya hati kekanda suka
Nyawa kekanda akannya harga
Tuan pandang apalah kakak

58

Tiadalah walang di dalam dada
[.....] dibunuh oleh baginda

Kerana ningsun emas juwita
Beta [menyanjung] murka Sang Nata
[Tipuan/tipunya] tiada kekanda cinta
Adalah teman mati beserta

Kerana kakak orang derhaka
Mengambil maknikam di mulut naga
Bunga diambil dalam duri belaka
Tuan kasihan apalah kakak

[Daripada] kasih kekanda akan tuan
Tiada kakak cita akan kematian
Tiadalah sayang akan nyawa dan badan
Kerana rupa emas tempawan

Tiada ada manis kelakuan
Hanyalah angsana [ningsun?] muda bangsawan
[Perhimpunan?] paras hanyalah tuan
Jiwaku mustika segala perempuan

Cahari seluruh di Tanah Jawa
Tiada bandingan utama jiwa
Mati kekanda tiadalah dua
Patutlah tempat membuang nyawa

Tuan umpama laut madu [beranta?]
Kekandalah [semata] yang melata
[Daripada] sangat sukacita
Berenang di laut matilah beta

Kasih tuan yang seketika
Supaya hati kekanda suka
Nyawa kekanda akannya harga
Tuan pandang apalah kakak