55

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

2 revisions
sirikaba at Aug 02, 2022 04:51 AM

55

Segera ditegur puteri bangsawan/ Berkata seraya s-y-w--r-a-k rupawan
Aria ningsun emas tempawan/ Juita kekanda marilah tuan
Duduk bersembah Raden menteri/ Memandang kepada Raden puteri
Pucat manis durja berseri/ Belas hatinya tiada terperi
Santap siri seraya berkata/ Kekanda jangan sangat bercinta
Jikalau ada hayatnya beta/ Tiadalah kekanda beroleh leta
Dewa dewata mulia raya/ Beta akan menolak bahaya
Kata beta kekanda percaya/ Tiadalah takut beta akan dia
Telah menengar kata adiknya/ Sukalah sedikit rasa hatinya
Bercampur belas akan saudaranya/ Tunduk berlinang air matanya
Galuh berkata perlahan suara/ Aria ningsun pangeran putera
Kasih tuan? bersaudara/ Kakak sama menanggung mara
Jika beroleh papa dan kerma/ Kekanda hendak mati bersama
Tiadalah mahu bercerai lama/ Engkau? r-sama kita menjelma
Seketika duduk berperi-peri/ Penghulu taman datang berlari