54

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Needs Review

Selama Ratu Menggada mari/ Raden menangis sehari-hari
Suatu malam puteri beradu/ Berbaring di atas hamparan baldu
Belas menengar penga-k-k merindu/ Galuh menansi tersedu-sedu
Lalu beradu terlalu cendera/ Diusapi oleh betara bonda
Mimpi bertemu dengan kera/ Di dalam taman penglipur lara
Sembah kera emas tertib laku/ Janganlah masyghul duli tuanku
Kerana patik ada bertengku?/Orang Menggada sahaja lawanku
Tuanku persembahkan pada ayahanda/ Supaya dititahkan duli baginda
Disuruhnya pergi Ratu Menggada/ Patik usir seperti kuda
Telah siang sudahlah hari/Lalu bangun Raden puteri
Tercengang-cengang seorang diri/ Teringatkan mimpi rasanya ngeri
Bersandar di tiang sedu lakunya/ Diadap oleh bayan? dan iba?
Diam berfikir di dalam hatinya/ Apa gerangan erti mimpinya
Seketika duduk Raden puteri/ Datanglah Raden Gunung Sari
Cantik agung manis berseri/ Wajah seperti matahari

Notes and Questions

Nobody has written a note for this page yet

Please sign in to write a note for this page