4

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

9 revisions
sirikaba at Sep 21, 2018 09:13 AM

4

Berkata pemelayan sambil berdiri / Apa kerjaku dipanggil kiai
Malas rasaku pergi mari / Kalau lambat tuanku cari

Renjaka berkata sambil berjenaka / Marilah tuan pergi seketika
Ada kerja sediakan juga juga / Pemelayan pergi bersama Renjaka

Didapati Jaran Tamasa ada berdiri / Bernaung dibawah nagasari
Keluh kesah seorang diri / Anakan dipegang dengan tangan kiri

Tiada memakai laku bersahaja / Berkampuh kesumba berpelangi panca
Antelas beremas bunga seroja / Seperti pakaian anak raja

Bersabuk cindai natar sekara / Berkeris landean(2) anak si tara[?]
Ditatah permata adikara / Lakunya seperti para betara

Tiada bersunting wajah gemilang / Mukanya pucat berseri kurang
Tiada bersubang tiada bergelang / Kerana hatinya terlalu walang

Bibirnya merah asmaradanta / Giginya berkilat seperti permata
Manisnya jangan lagi dikata / Sayang sedikit menaruh percinta

Sepertikan titik gula derawa / Tiadalah samanya di Tanah Jawa

4

Berkata pemelayan sambil berdiri / Apa kerjaku dipanggil kiai
Malas rasaku pergi mari / Kalau lambat tuanku cari

Renjaka berkata sambil berjenaka / Marilah tuan pergi seketika
Ada kerja sediakan juga juga / Pemelayan pergi bersama Renjaka

Didapati Jaran Tamasa ada berdiri / Bernaung dibawah nagasari
Keluh kesah seorang diri / Anakan dipegang dengan tangan kiri

Tiada memakai laku bersahaja / Berkampuh kesumba berpelangi panca
Antelas beremas bunga seroja / Seperti pakaian anak raja

Bersabuk cindai natar sekara / Berkeris landean(2) anak si kera(?)*