53
Facsimile
Transcription
Kerana aku seorang diri/ Melawan orang isi negeri
Perangi betara di Inggardiri/ Akan Ratu Menggada pula diri
Di dalam fikir kepada rasa/ Taman inilah baik ku pinasa (binasa?)
Supaya masyhur di dalam desa/ Di sanalah nyata kasar ? (k/j-a-k/s-d/r) perkasa
Jikalau binasa taman ini/ Datanglah gerangan Ratu Tani?
Jika ia datang ke sini/ Sahaja kulihat kasar? berani
Setelah sudah berfikir cita/ Bangun bersikap berbuat minta
Dibongkarnya jambangan sekalian rata/ Habis dilutu ke luar kota
Segala kayu yang berbanjaran/ Buah dan bunga ber-s/k-uaran
Dilutu kera emas berhamburan/ Orang yang hampir memandang hairan
Binasalah taman penglipur lara/ Penghulu taman berbicara
Meng(h)impunkan Sakai? segenap pasara/Disuruh berkampung menangkap kera
Seorang tak boleh hampir ke situ/ Dilutunya dengan kayu dan batu
Banyaklah binasa orang itu/ Penghulu pun masuk mengadap ratu
Adapun akan Raden puteri/ Dukacita tiada terperi
Notes and Questions
Nobody has written a note for this page yet
Please sign in to write a note for this page