50

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Needs Review

Keduanya berganti membaca pustaka/ Disamarkan berbeka-beka
Ditiupkannya pada Sang Nata/ Menteri penggawa dihembusnya rata
Ratu Menggada membaca serta?/ Manis muka baginda berkata
Ratu Menggada menyembah pula/ Berkata seraya mengertak sila
Patik pula tiada apa yang murka/ Dengan nyai kalah patutlah bela
Khabarnya Raden Kertapati/ Lamalah sudah ia nan mati
Janganlah ayahanda lagi menanti/ Kerana patik ada akan ganti
Berkata sambil tertawa gelak/ Perkataan patik tiada berbolak
Pun? anak jangan ayahanda tolak/ Kalau menyesal kemudian kelak
Telah pustaka ratu ditiupkan/ Manislah muka lebu telampakan
Diambil pun dianjakkan/ Kehendak anakku ayahanda sukakan
Bicara nan telah berbetulan/ Ayahanda bertengkar/ barang sebulan
Hendak berbagi balai penanggilan?/ Serta mengampun? pangkal/pengawa? panggilan?
Telah menengar titah baginda/ Sangatlah suka Ratu Menggada
Yang mana titah duli ayahanda/ Patik sedia junjung sabda

Notes and Questions

Nobody has written a note for this page yet

Please sign in to write a note for this page