49

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Needs Review

Ratu Menggada mengangkat jari/ Sebenar? maksud patik ke mari
Patik datang menyerahkan nyawa/ Mencahari tuanku kedua
Hendak meminang utama jiwa/ Raja P-n-w-m-r hadir dibawa
Kerana tunangan sudah tiada/ Itulah patik meminang anakanda
Harap dikurniakan duli baginda/ Hendak dirajakan di Menggada
Berkata seraya tertawa suka/ Memandang kepada Temenggung dan Rangga
Keduanya tunduk membaca pustaka/ Baginda pun masamlah muka
L-y/b-r Raden Gunung Sari/ Hatinya geram tiada terperi
Hendak pun ia berkata sendiri/ Kerana banyak penggawa menteri
Lalu bertitah Seri Bitara/ Akan s-q-m anak para wira
Akan Kakak Aji ayahanda malu/ Kerana janji sudah terlalu
Berpandang mata rasanya silu?/ Baik anakku kembali dahulu
Jika anakku itu matinya tentu/ Kembalilah anak Aji akan menantu
Tuan asal para ratu/ Patutlah suami adinda itu
Telah dilihat Temenggung dan Rangga/ Laku Sang Nata tiada suka

Notes and Questions

Nobody has written a note for this page yet

Please sign in to write a note for this page