117

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

6 revisions
Mulaika Hijas at Aug 24, 2019 02:24 AM

117

Serta membawa gajah dan kuda
Sembah Jaran Tamasa penggawa muda
Ampun tuanku seri paduka
Hingga inilah harta yang ada

Tuan nan datang seperti dihantar
Sangat bertuah ratu [mengabar?]
Kiai Jaran Tamasa kebaktian besar
Apakah ingin ia digelar

Setelah sampai ke paseban
Naik meng(h)adap lebu(1) telapakan
Ditegur baginda para menteri sekalian
Marilah duduk di sini tuan

Keempatnya duduk seraya menyembah
Baiklah patik di sini sudah
Baginda tersenyum masa bertitah
Kamu keempat pun mari duduklah

Lalu bertitah ratu pisari
Bawalah persalinan yang dihadiri
Sekalian pakaian temandang menteri
Hendak dianugerah baginda sendiri

Sudah membagi keempat bersaudara
Hendak digelar Seri Betara
Di dalam negeri ia memelihara
Demikianlah baginda berkira-kira

Jaran Tamasa dibawa Raden Aria
Seribu diberi kepada ia
Daripada daif jadilah kaya raya
Duduk baginda pada tempat seraya

Baik Santika sapa[?] [n-t-h?]
Kerana ia sudah baginda latih

117

Serta membawa gajah dan kuda
Sembah Jaran Tamasa penggawa muda
Ampun tuanku seri paduka
Hingga inilah harta yang ada

Tuan nan datang seperti dihantar
Sangat bertuah ratu [mengabar?]
Kiai Jaran Tamasa kebaktian besar
Apakah ingin ia digelar

Setelah sampai ke paseban
Naik meng(h)adap lebu(1) telapakan
Ditegur baginda para menteri sekalian
Marilah duduk di sini tuan

Keempatnya duduk seraya menyembah
Baiklah patik di sini sudah
Baginda tersenyum masa bertitah
Kamu keempat pun mari duduklah

Lalu bertitah ratu pisari
Bawalah persalinan yang dihadiri
Sekalian pakaian temandang menteri
Hendak dianugerah baginda sendiri

Sudah membagi keempat bersaudara
Hendak digelar Seri Betara
Di dalam negeri ia memelihara
Demikianlah baginda berkira-kira

Jaran Tamasa dibawa Raden Aria
Seribu diberi kepada ia
Daripada daif jadilah kaya raya
Duduk baginda pada tempat seraya

Baik Santika sapa[?] [n-t-h?]
Kerana ia sudah baginda latih