54

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Mss malay b 9 f067v

Tetapi hatinya terlalu bimbang / Belas akan adiknya hendak di gelanggang

Duduk melengung di bawah andul [?] / Rasa hatinya terlalu masyghul
Kehendak dirinya sekalian kabul / Daripada ia orang yang betul [?]

Kerana salah saudaranya nyata / Ke mana lagi hendak dikata
Kehendak iparnya Gajah Seberata / Tambahan dengan kesukaan Sang Nata

Belas pilu di dalam cita / Diserahkan adiknya kepada dewata
Tiada berdaya terlanjur kata / Lalu tunduk menyapu air mata

Hilanglah budi lenyap bicara / Daripada sayang akan saudara
Jaran Tamasa pun datang ke bawah menara / Kata Gajah Seberata dengan nyaring suara

Marilah bangat Jaran Tamasa / Kerana engkau orang perkasa
Engkau menidakkan [?] lagi-lagi [laki-laki?] rasa / Marilah kita cuba bertermasa (temasya)

Jaran Tamasa pun tampil memegang senjata / Sambil tersenyum ia berkata
Janganlah banyak kata Gajah Seberata / Mana kehendak kekanda akan beta

Kerana dosa beta setelah nyata / Sudahlah dengan kehendak dewata
Apatah lagi dayanya beta / Kekanda jangan berbanyak kata

Page Notes

Please sign in to write a note for this page

Mulaika

andul DjVu
1 A. flowering creeper, species unidentified. andui.