15

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Telah dilihat akan Ken Silawati // Adiknya datang segera didapati
Berdiri di pintu ia menanti // Terlalu belas rasanya hati

Jaran Temasa turun menyambut isterinya // Diturunkan dari atas gajahnya
Ken Lamlam Arsa menyembah pada saudaranya // Dipegang Ken Silawati tangan adiknya

Dipimpin masuk lalu duduk // [Melangkah ditatang] awan sekelok
Dipandang adiknya terlalu elok // Jaran tiada dipanggilnya masuk

Berdiri di pintu Jaran Temasa // Menanti isterinya Ken Lamlam Arsa
Terlalu pilu kepada rasa // Durja yang manis silu bahasa

Lalu berkata Ken Silawati // Rindunya kakak bagaikan mati
Gundah kekanda tiada berhenti // Tiadalah berketahuan rasa hati

Ken Lamlam Arsa menangis seraya berkata // Hendak bermohon kekanda beta
Mengikut kakak Jaran Temasa pergi serta // Kerana dipanggil oleh Sang Nata

Ken Silawati berkata dengan kepiluan // Aduh adikku emas tempawan
Apatah kerja pergi nan tuan // Kerana Sang Nata tiada membawa perempuan [?]

Jaran Temasa pun menyahut kata // Biarlah kekanda ia pergi serta

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

Mulaika Hijas

awan bĕrkĕlok (pattern in which the semicircle is a prevailing motif)