Pages
61
Nyawa dan badan kakak serahkan Menjadi hamba kepada tuan Janganlah banyak tuan fikirkan Kehendak dewata tuan redhakan
Sukakanlah emas juwita Mengasihi kekanda yang hina lata Tuan teman kakak berkata Tiada lama tuan memandang beta
Tahulah kekanda akan Gagak Seberata Tiada suka beriparkan beta Tambahan pula duli Sang Nata Murka sangat bertambah menta
Kemanakah membawa diri kakak Kerana Seri Betara pun sudah murka Harapkan kasih jiwaku juga Tiadalah kekanda menaruh duka
Sukalah kakanda membuang nyawa Kerana rupa tuan utama jiwa Kasih tuan sangat jua Setimbang lurah Tanah Jawa
Tiada kakak sesalkan emas merah Mana untung tiada disalah Dosanya kakak ini sebenarnyalah Dukanya nyawa badan kekandalah
Tiadalah kakak menaruh percinta Lamun tuan kasih beserta Tuan teman apalah beta Sempurnalah kasih emas juwita
Berbagai bujuk kata yang manis Seperti sakar madu kandis