47

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

7 revisions
Mulaika Hijas at Aug 21, 2019 09:33 AM

47

Tuanku seperti Dewi Segerba // Berselimut kain panjang kesumba

Terkejut bertanya Ken Lamlam Arsa // Siapa ini tiada berbahasa

Tertawa berkata Jaran Tamasa // Kekandalah tuan orang berdosa

Yang gila tiada berhenti // Tiadalah kakak takutkan mati

Tiadalah kuasa menahan hati // Baharulah tuan kakak dapati

Jikalau kakak mati pun kerana adinda // Terlalulah suka hati kekanda

Aduh pekulun bangsawan muda // Sampailah maksud di dalam dada

Tuanku nyawaku emas juwita // Batu kepala cahaya mata

Jiwaku seperti gunung permata // Tuan perhamba apalah beta

Sangat menangis Ken Lamlam Arsa // [Menggaru?] meraban [merebut?] barang bahasa

Canggainya patah tiada berasa // Garislah dada Jaran Tamasa

Habis dadanya luka-luka // Rambut yang permai kusut belaka

Jaran Temasa tertawa suka // Dipeluk dicium dibujuknya juga

Habislah cumbu yang manis-manis // Makin dibujuk ia menangis

Hendak dicium ia memalis // Serta dipeluk tangan ditepis

... rasa gundah

47

Tuanku seperti Dewi Segerba // Berselimut kain panjang kesumba

Terkejut bertanya Ken Lamlam Arsa // Siapa ini tiada berbahasa

Tertawa berkata Jaran Tamasa // Kekandalah tuan orang berdosa

Yang gila tiada berhenti // Tiadalah kakak takutkan mati

Tiadalah kuasa menahan hati // Baharulah tuan kakak dapati

Jikalau kakak mati pun kerana adinda // Terlalulah suka hati kekanda

Aduh pekulun bangsawan muda // Sampailah maksud di dalam dada

Tuanku nyawaku emas juwita // Batu kepala cahaya mata

Jiwaku seperti gunung permata // Tuan perhamba apalah beta

Sangat menangis Ken Lamlam Arsa // [Menggaru?] meraban barang bahasa

Canggainya patah tiada berasa // [Karaslah?] dada Jaran Tamasa