6

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

9 revisions
Mulaika Hijas at Aug 21, 2019 04:19 AM

6

Katanya Renjaka tiadalah dipercaya / Berjanjian dengan orang yang mulia
Beta juga kena perdaya / Kehendak Dewata Mulia Raya

Beta nan orang yang hina papa / Berjanji dengan orang yang baik rupa
Lamun sudah berjumpa / Pura-pura tuan berbuat lupa

Pandai menipu utama jiwa / Beta juga yang boleh kecewa
Keduanya sama suka tertawa / Pemelayan hairan menengar jua

Katanya apa kerja beta sekarang / Disuruh panggil berulang-ulang
Bangatlah beta hendak pulang / Kerana hari hampirkan petang

Oleh Jaran Tamasa diunjukkan / Bunga Pandan(1) anak-anakan
Katanya bawa tiga nan berikan / Kepada tuanmu engkau sampaikan

Lalu disambut oleh pemelayan / Seraya berkata apa ini tuan
Jaran Tamasa berkata inilah permainan / Pada Ken Lamlam Arsa kakak berikan

Pada hati pemelayan sungguhlah juga / Lalu ia pulang membawa tiga
Didapati duduk bertiga / Bersama dengan Ken Tana Rangga

Adapun akan Ken Lamlam Arsa / Duduk di batu di bawah rajasa(2)