9

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Termangu-mangu laku tercengang / Renjaka berkata dari belakang

Katanya baik tuan silakan / Sudah tengah hari belum tuan makan
Apa juga tuan gundahkan / Jangan sangat tuan turutkan

Jaran Tamasa berkata seraya mengeluh / Rasa hatiku hancur luluh
Seperti bisa akan ipuh(1) / Berkata seraya menyapu peluh

Malas makan rasaku kekanda / Tiada sedap di dalam dada
Seperti orang terkena guna(2) / Sudah untungku sekianlah ada

Renjaka pun mengeluh seraya berkata / Penyakit tuan tahulah beta
Jangan tuan sembunyi kepada beta / Kerana Ken Lamlam Arsa tuan cinta

Jangan menurut hati sendiri / Baiklah itu tuan beristeri
Beberapa banyak anak menteri / Yang baik paras tuanku cahari

Kerana Ken Lamlam Arsa itu / Bukankah sudah diambil ratu
Dijadikan gundik sudah bertentu / Habis bicara beta di situ

Tiada dapat tuan duduk dengan dia / Kalau tuan beroleh bahaya
Tuan kelak terkena pada dia / Dijauhkan Dewata Mulia Raya

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

Siri Kaba

1. (KD) 1. sj tumbuhan (pokok yg getahnya beracun), Antiaris toxicaria; 2. = getah ~ racun drpd getah pokok ipuh, upas. 2. guna (ڬونا); guna-guna (ڬونا-ڬونا) jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~.