JaranTamasa001_010

ReadAboutContentsVersionsHelp
6

6

Rambutnya ikal melentek wilis Cantik manis shahadan menjelis

Terlalu pandai segala permainan Tambahan memalu bunyi-bunyian Bermain kuda bertikam-tikaman Segala yang memandang sangat berkenan

Segala perempuan yang memandang Semuanya berahi menaruh bimbang Setengah keedanan tiada kepalang Didalam hatinya tiada [m-w](mau=mahu) hilang

Sentiasa ia hadirlah ada Bersama duduk dengan biduanda Makin bertambah kasih baginda Dilebihkan daripada kedua kanda

Ada pula seorang penggawa Beraninya tiada lagi berdua Namanya Temenggung Singa Angkawa Ia pun beranak tiga orang jua

Yang tua bernama Gajah Seberata [?] Sikap berani jangan dikata Terlalu pandai bermain senjata Sangatlah dikasih oleh Sang Nata

Yang tengah bernama Ken Sila Wati Rupanya seperti anggerik menjati [=merpati] Disawang [diselang] dengan bunga geti Memberi ghairah rasanya hati

Yang bungsu bernama Ken Lamlam Arsa Rupanya laksana bunga rajasa Diselang dengan bunga semenderasa Patut disunting dewa angkasa

Last edit 3 months ago by Mulaika
7

7

Di bubuh pula samar-k-u-na Layak dipakai anak teruna Lemah lembut sadu perdana Seperti kalah Cendera Kirana

Paras seperti bidadari Seperti intan dengan baiduri Pada masa itu sukar dicahari [dicari] Mengabiskan? manis seisi negeri

Elok paras gilang gemilang Meng[h]ancur hati segala yang memandang Dimanakan laki yang tiadakan bimbang Sedangkan perempuan kasih sayang

Ken Nila Wati itu pun baik juga Paras seperti anakan tiga [?] Di anugerahi Sang Nata akan -----Berkasih kasihan keduanya suka

Ken Lamlam Arsa itu rupanya baik Hendak di ambil ratu akan gundik Kerana lakunya petah cerdik Putih kuning kecil molek

Parasnya indah sukar dicahari [dicari] Tiada berbanding didalam negeri Kasih Sang Nata tiada terperi Disuruh memangku puan permaisuri

Permaisuri sangat kasih akan dia Diberi memakai pakaian yang mulia Makin bertambah rupa bercahaya Seperti bulan purnama raya

Manis seperti gula derawa Seperti anak-anakan dewa

Last edit 3 months ago by Mulaika
8

8

Di dalam lurah tanah Jawa Tiada bandingnya seorang jua

Segala permainan serba pandai Memalu bunyian aneka bagai Bertandak seperti bunga setangkai Segala yang memandang hairan terlalai

Tiadalah jemu mata memandang Sang Nata pun hairan tercengang Kasih dan sayang tiada tertimbang Memandang paras yang amat gemilang

Kasih sayang di dalam cita Tetapi tiada dirinya nyata [?] Kerana permaisuri r a j-y-ng [raja ing?] tahta Kalau beroleh nama yang leta

Pada permaisuri tiada diberi ketara Kerana baginda sangat memelihara Daripada Sang Nata baik bicara Jadilah tiada beroleh cedera

Ibu bapanya sudahlah mati Itulah diambil Seri Bupati Gajah Sirata [?] pun sudah beristeri Akan temenggung Ken Ratna Sari

Meng[h]impunkan penggawa segala menteri Berjamu rakyat seisi negeri Baginda duduk laki isteri Seperti bulan dipagari

Penuh sesak dagang santri Di[h]adap oleh segala menteri

Laki isteri samalah kedua Seperti lelakon wayang purwa

Last edit 3 months ago by Mulaika
9

9

Segala isteri menteri penggawa Sekalian masuk mengadap jua Jaran Tamasa pun hadirlah ada Memangku puan dibelakang baginda

Terlalu suka di dalam dada Melihat permainan baharu diada Seperti hendak bermain serta Daripada takut [?] akan Sang Nata

Segala bunyi bunyian yang bergenta Dipalu orang terlalu gempita Berbagai-bagai ragam bunyinya Menjadi suatu juga didengarnya [?]

Daripada banyak sangat ragamnya Terlalu sekali merdu bunyinya

Segala bunyinya yang pilihan Dipalu orang dihadapan Seketika duduk dipengadapan Hidangan diangkat ke hadapan

Beratus2 hidangan yang di bawa Santaplah baginda sehidangan dua Makanlah segala menteri penggawa Segala yang hadir mengadap makan semua

Makan minum beramai-ramaian Dengan segala bunyi bunyian Terlalu suka rakyat sekalian Masing makan berebut-rebutan

Terlalu ramai segala menteri Bersulang-sulangan sama sendiri Suka sangat tiada terperi Ramai dengan tepuk dan tari

Last edit 3 months ago by Mulaika
10

10

Terlalu ramai beranggap-anggapan Sambil mengidung disulangkan

Timbul berbagai citarasa Minum k-b/y-l-g tiada berasa Sang Nata pun mabuk2 bahasa Lalu memandang pada Jaran Tamasa

Mukanya merah berseri-seri Seraya titah manis berseri Diambillah piala tatah baiduri Persembahkan adinda permaisuri

Jaran Tamasa tunduk menyembah Puan itu pun diletakkanlah Ditatang piala tangannya sebelah Lakunya manis makin bertambah

Berlancingan tulisan peta Berkampoh kesumba warna danta Bersabok cindai tiadalah leta Berkeris teterapan tatah permata

Dibubuh pula gelang kana Digambar [?] dengan astakona Terkena paduka [?] permata warna Manis bersunting bunga angsana

Bersubang p-p-l-q intan Terkena jamang gemerlapan

Lalu bertitah betara indera Menyuruh orang [?] bermain segera

Pelbagai permainan orang Ada menari bertandak gendang

Adapun sekali perang? w-a-t-ng Ada yang merakat ada yang berwayang

Last edit 3 months ago by Mulaika
Records 6 – 10 of 19