19

OverviewVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

7 revisions
Mulaika Hijas at Sep 10, 2020 01:26 PM

19

Sudahlah gerangan jatukrama
Aria ningsun hyang-hyang kesuma
Tuanku yang seperti Nila Utama
Patutlah bela mati bersama.

Tuanku sampaikan seperti cita
Akhirlah kakak mati berserta.
Tiadalah manis di mata beta
Hanyalah tuan emas juwita.

Di dalam lurah Tanah Jawa
Tiadalah banding seorang jua.
Hanyalah Tuan utama jiwa
Patutlah kakak membuangkan nyawa.

Jika seribu kali hancur berkala
Tuanlah juga akan teman [?] kubela
Sudahlah kakak tersurat pula
Laku seperti orang yang gila.

Bonda beta datang ke mari
Disuruhkan ayahanda [sic, should be kekanda: ??] beta mari
Pohonkan sepah sendiri
Akan bekal [ayahanda] mati berahi.

Kain yang dipakai oleh bonda
Disuruh pinta pada anakanda [should swap the final words of these two lines]
Bonda berilah jangan tiada
Hendak matilah kerana [or gerangan?] ayahanda.”

Telah sudah disuratkan
Lalu dibacanya perlahan-lahan
Rasanya pilu bertambah rawan
Seperti membujuk pada perasaan

Yang dibujuk itu tiada di sisinya
Tiadalah berketahuan rasa hatinya

19

Sudahlah gerangan jatukrama
Ari ningsun hyang-hyang kesuma
Tuanku yang seperti Nila Utama
Patutlah bela mati bersama

Tuanku sampaikan seperti cita
Akhirlah kakak mati berserta
Tiadalah manis di mata beta
Hanyalah Tuan emas juwita

Di dalam lurah Tanah Jawa
Tiadalah banding seorang jua
Hanyalah Tuan utama jiwa
Patutlah kakak membuangkan nyawa

Jika seribu kali hancur berkala
Tuanlah juga akan teman [?] kubela
Sudahlah kakak tersurat pula
Laku seperti orang yang gila

Bonda beta datang ke mari
Disuruhkan ayahanda [sic, should be: ??] beta mari
Pohonkan sepah sendiri
Akan bekal [ayahanda] mati berahi

Kain yang dipakai oleh bonda
Disuruh pinta pada anakanda
Bonda berilah jangan tiada
Hendak matilah kerana [or gerangan?] ayahanda

Telah sudah disuratkan
Lalu dibacanya perlahan-lahan
Rasanya pilu bertambah rawan
Seperti membujuk pada perasaan

Yang dibujuk itu tiada disisinya
Tiadalah berketahuan rasa hatinya