12

OverviewVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

5 revisions
Mulaika Hijas at Sep 10, 2020 01:16 PM

12

Melihat kelakuan Jaran Tamasa
Seperti orang yang sudah biasa

Tiadalah mau ia lagi memandang
Rasanya takut tiada kepalang
Di dalam hatinya terlalu walang
Pilukan muda paras gemilang

Tunduk mengeluh Jaran Tamasa
Seperti orang yang putus asa
Melihatkan laku Ken Lam Lam Arsa
Olehnya malu-malu bahasa

Bertambah berahi bagai disepuh
Rasa hatinya hancur luluh
Tunduk berfikir sambil mengeluh
Disamarkan dengan menyapu peluh

Sangatlah gundah di dalam dada
Olehnya sudah terkena guna
“Emas merah tuan adinda,
Mengapa tiada memandang kekanda?

Tiadalah rupanya tuan kasihan.
Kekanda seperti mabuk cendawan.
Aria ningsun emas tempawan,
Jika mati pun kerana tuan.

Tuanku bawa badan kekanda,
Memberi penyakit di dalam dada.
Jika lambat bertemu dengan adinda,
Matilah kakak demikianlah ada.

Jika tiada tuan tambari
Hilanglah kakak dengan berahi
Tuanku yang seperti bidadari
Gilalah kekanda seorang diri.”

12

Melihat kelakuan Jaran Tamasa
Seperti orang yang sudah biasa

Tiadalah mau ia lagi memandang
Rasanya takut tiada kepalang
Didalam hatinya terlalu walang
Pilukan muda paras gemilang

Tunduk mengeluh Jaran Tamasa
Seperti orang yang putus asa
Melihatkan laku Ken Lam Lam Arsa
Olehnya malu-malu bahasa

Bertambah berahi bagai dis-a-p-h
Rasa hatinya hancur luluh
Tunduk berfikir sambi[l] mengeluh
Disamarkan dengen menyapu peluh

Sangatlah gundah di dalam dada
Olehnya sudah terkena guna
Emas merah tuan [?] adinda ada [?]
Mengapa tiada memandang kakanda

Tiadalah rupanya tuan kasihan
Kekanda seperti mabuk cendawan
Aria ningsun emas tempawan
Jika mati pun kerana tuan

Tuanku bawa badan kekanda
Memberi penyakit didalam dada

Jika lambat bertemu dengan adinda
Matilah kakak demikianlah ada

Jika tiada tuan tambari
Hilanglah kakak dengan berahi

Tuanku yang seperti bidadari
Gilalah kekanda seorang diri