12

OverviewVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Melihat kelakuan Jaran Tamasa
Seperti orang yang sudah biasa

Tiadalah mau ia lagi memandang
Rasanya takut tiada kepalang
Di dalam hatinya terlalu walang
Pilukan muda paras gemilang

Tunduk mengeluh Jaran Tamasa
Seperti orang yang putus asa
Melihatkan laku Ken Lam Lam Arsa
Olehnya malu-malu bahasa

Bertambah berahi bagai disepuh
Rasa hatinya hancur luluh
Tunduk berfikir sambil mengeluh
Disamarkan dengan menyapu peluh

Sangatlah gundah di dalam dada
Olehnya sudah terkena guna
“Emas merah tuan adinda,
Mengapa tiada memandang kekanda?

Tiadalah rupanya tuan kasihan.
Kekanda seperti mabuk cendawan.
Aria ningsun emas tempawan,
Jika mati pun kerana tuan.

Tuanku bawa badan kekanda,
Memberi penyakit di dalam dada.
Jika lambat bertemu dengan adinda,
Matilah kakak demikianlah ada.

Jika tiada tuan tambari
Hilanglah kakak dengan berahi
Tuanku yang seperti bidadari
Gilalah kekanda seorang diri.”

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

sirikaba

Perenggan 9, baris 1: Jika tiada tuan tambari. [Kamus Dewan: tambar (sl) - ubat, penawar; menambari mengubati (menawari) penya­kit].