61

OverviewTranscribeVersionsHelp

Facsimile

Transcription

Status: Complete

Nyawa dan badan kakak serahkan
Menjadi hamba kepada tuan
Janganlah banyak tuan fikirkan
Kehendak dewata tuan redhakan

Sukakanlah emas juwita
Mengasihi kekanda yang hina lata
Tuan teman kakak berkata
Tiada lama tuan memandang beta

Tahulah kekanda akan Gagak Seberata
Tiada suka beriparkan beta
Tambahan pula duli Sang Nata
Murka sangat bertambah menta

Kemanakah membawa diri kakak
Kerana Seri Betara pun sudah murka
Harapkan kasih jiwaku juga
Tiadalah kekanda menaruh duka

Sukalah kakanda membuang nyawa
Kerana rupa tuan utama jiwa
Kasih tuan sangat jua
Setimbang lurah Tanah Jawa

Tiada kakak sesalkan emas merah
Mana untung tiada disalah
Dosanya kakak ini sebenarnyalah
Dukanya nyawa badan kekandalah

Tiadalah kakak menaruh percinta
Lamun tuan kasih beserta
Tuan teman apalah beta
Sempurnalah kasih emas juwita

Berbagai bujuk kata yang manis
Seperti sakar madu kandis

Notes and Questions

Please sign in to write a note for this page

sirikaba

Perenggan akhir, baris akhir: Seperti sakar madu kandis.