8
Facsimile
Transcription
Hatinya berdebar tiada berketahuan / Ia menyembah dengan ketakutan
Seraya berkata perlahan-lahan / Tiada tahu yang demikian
Tuan ampun apalah dosa / Kerana beta tiada periksa
Sebab perangai Kiai Jaran Tamasa / Beta kelak yang merasa
Katanya tadi permainan juga / Jadilah berani membawa tiga
Tiada sekali beta nan sangka / Yang demikian datang celaka
Lalu berkata Ken Sila Wati / Jangan dua kali demikian pekerti
Jika lagi engkau dapati / Nyawamu kelak merasai mati
Ken Tana Rangga pun berkata / Pada hambanya yang ada serta
Janganlah kamu memecahkan warta / Kalau kedengaran pada Gajah Seberata
Jadilah kelak huru-hara / Jika ditahunya akan saudara
Orang tahu sahaja perangai segala / Marahnya tiada dengan berbicara
Adapun akan Jaran Tamasa / Tersandar di bawah pohon rajasa
Rambut yang ikal kusut basah / Menantikan penyuruh(*) Ken Lamlam Arsa
Dinantinya datang tiada datang / Keluh kesah terlalulah bimbang
Notes and Questions
Please sign in to write a note for this page